Rabu, 30 Julai 2008

Pilatus PC-21- SAF



Laporan oleh Terence Lim
Gambar oleh Lockheed Martin

Dipetik dari:



Izinkan saya membuat satu pengakuan. Apabila saya teringat kembali lakonan Tom Cruise di dalam cerita "Top Gun" beberapa tahun lalu, saya mula melahirkan cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang apabila dewasa kelak. Tapi impian itu hanya tinggal kenangan.Namun, ada berita baik bagi anda yang masih memegang teguh kepada idaman untuk menjadi seorang juruterbang! Bagi pelatih juruterbang di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang sedang melalui kursus penerbangan asas (Basic Wings Course), mereka bakal berkesempatan melatih dengan pesawat baru. PIONEER telah cuba mengenali dengan lebih mendalam lagi pesawat latihan terkini Pilatus PC-21.


Mulai Jun tahun depan, RSAF akan mempertingkatkan kelengkapan latihannya dengan memperolehi pesawat latihan terkini, jenis Pilatus PC-21.Pesawat yang berprestasi aerodinamik dan sistem latihan yang lebih bersepadu dan lebih canggih bakal memberikan para juruterbang RSAF ketangkasan yang lebih menyengkam berbanding dengan pesawat dahulu. Selain daripada angkatan pesawat Pilatus, LMSTS akan membekalkan sistem latihan mendarat.Khidmat itu bakal dimanfaatkan Skuadron 130 RSAF di Pearce, Australia.Sebelum ini, Sekolah Latihan Penerbangan RSAF menggunakan pesawat jenis Marchetti-S211.Setelah 22 tahun, memang wajarlah RSAF mengorak langkah untuk mempertingkatkan kelengkapan latihannya.


Menurut Leftenan-Kolonel (LTC) Philip Chionh, Ketua Cabang Latihan Penerbangan, Jabatan Latihan Udara, RSAF teleh menggunakan pesawat S-211 selama lebih 22 tahun dan kos pengendaliannya kian meningkat."Ini merupakan salah satu usaha RSAF untuk mengubah cara latihan penerbangan dengan mengambil langkah untuk menggantikan pesawat latihan yang lama kepada yang baru. "Dengan cara ini, kami dapat menjimatkan kos sambil melicinkan latihan kami," katanya lagi. Pembelian pesawat Pilatus PC-21 antara pakej kontrak yang ditawarkan kepada syarikat Amerika, Lockheed Martin Simulation, Training and Support (LMSTS) untuk mempertingkatkan latihan Kursus Penerbangan Asas. Kursus tersebut bertujuan memperlengkapkan para juru terbang dengan pengetahuan dan kemahirans asas untuk mengendalikan pesawat. Setelah mencapai kemahiran asas, mereka diberi peluang untuk berlatih di tahap selanjutnya. Selain daripada angkatan pesawat Pilatus, LMSTS akan membekalkan sistem latihan mendarat.


Khidmat itu bakal dimanfaatkan Skuadron 130 RSAF di Pearce, Australia.Kelebihan Pilatus C-21Namun, apakan keistimewaan pesawat Pilatus PC-21 itu? Apakan yang memjadikannya satu pilihan terbaik buat RSAF?Yang nyata, Pilatus PC-21 yang bakal digunakan RSAF amat canggih.Ia merupakan pilihan yang terbaik berbanding pesawat latihan berkipas-turbo yang terdapat di pasaran. Antara kelebihannya, ia mempunyai kebolehan untuk mengadakan simulasi yang lebih canggih lagi realistik.Ia turut dilengkapi dengan sistem latihan terkini dari segi ketangkasan dan penjimatan masa dan kos.Ini bermakna, lebih banyak sukatan latihan pada masa kini dapat dimuatkan di dalam program latihan asas RSAF.Misalnya, pesawat latihan akan dimuatkan dengan sukatan avionik yang membolehkan simulasi misi barisan hadapan tertentu (specific frontline missions). Ini sekaligus membolehkan juruterbang pelatih membina kemahiran dan keyakinan dalam menempuhi senario kompleks sebegitu.Menerusi latihan sebegini, kos penerbangan setiap jam dapat dikurangkan lagi apabila PC-21 menggantikan sukatan yang ada sekarang. Memang sah, mereka yang telah mencuba PC-21 akur dengan kelebihan dan ketangkasannya!


Kokpit moden, latihan licin Sekali pandang, kokpit pesawat latihan Pilatus, amatlah canggih.Kokpitnya dilengkapi pelbagai teknologi digital yang canggih di dalam suasana yang dikelilingi kaca penuh. Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan tiga keping skrin active-matrix liquid crystal displays (AMLCD) yang memberi gambaran jelas semasa latihan penerbangan. AMLCD terdiri dari Paparan Penerbangan Asas (Primary Flight Display) atau PFD - yang memberi maklumat seperti had kelajuan, had ketinggian dan informasi pengemudian dan juga Paparan Berbilang Fungsi (Multi Function Displays atau MFDs.)MFD mengandungi pelbagai format termasuk sistem format utama, peta bergerak (moving map) dan paparan taktikal.


Pesawat latihan Pilatus-PC21 yang lebih aerodinamik dan bersistem canggih.
Sistem kokpitnya juga berupaya memberikan gambaran situasi perang yang amat realistik. Dengan ciri sedemikian, keselamatan penerbangan dapat dipertingkatkan lagi. Sofwe kapalterbang tersebut turut disesuaikan mengikut peringkat latihan yang dijalani para juruterbang pelatih.Selain itu, para jurulatih penerbangan juga dapat menukar-nukar senario yang boleh dilihat oleh para pelatih di kaca skrin mereka. Sebagai contoh, para jurulatih cuba menajamkan ketangkasan juruterbang pelatih dengan memperkenalkan beberapa situasi kerosakan sistem data semasa penerbangan.Cara mereka mengatasinya hanya memberi keberkesanan kepeada setiap individu yang menjalani latihan tersebut.


Mengulas tentang prospek pesawat yang ternyata mengkagumkan, LTC Chionh berkata:"Pesawat baru ini akan dapat melatih para juruterbang untuk menemui keperluan pesawat pejuang yang bakal dimiliki RSAF seperti F-15, AH-64 dan S70B yang begitu moden sekali."Pastinya, juruterbang RSAF akan lebih mahir dan menunjukkan kemahiran yang lebih professional dengan kelengkapan seperti Pilatus-C21 di masa-masa akan datang," tambah beliau lagi.