Ahad, 14 Disember 2008

Pesawat Pejuang F-15SG













Laporan dan gambar oleh Kok Wah Chuen
(Posted: 05 Nov 2008, 1430 hours (Time is GMT +8 hours)

Pesawat F15-SG yang pertama telah berjaya menyelesaikan penerbangan ujiannya yang pertama pada 16 September.

Sumber: http://www.mindef.gov.sg/imindef/publications/cyberpioneer/ed/malay/news/2008/November/07nov08_berita.html


Dalam sebuah upacara ringkas, Boeing telah menandakan selesainya pembikinan F-15SG, versi khas Singapura bagi pesawat F-15S, di kilangnya di St Louis, Missouri, pada 3 November lalu. Pesawat pejuang yang sesuai untuk semua jenis cuaca dan mempunyai berbilang peranan itu dijangkakan akan menjadi kuasa penting dalam simpanan senjata Angkatan Udara Singapura (RSAF) kerana ia akan menggantikan pesawat pengebom Super Skyhawk A-4SU."Sebagai penyokong utama bagi pesawat berbilang peranan generasi akan datang, pesawat F-15SG akan meningkatkan keupayaan pertahanan udara, kedudukan udara dan keupayaan menyerang," kata Ketua Angkatan Udara Mejar-Jeneral (MG) Ng Chee Khern."Pesawat F-15SG juga akan menambah dimensi baru kepada integrasi RSAF dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Generasi ke-3. Pesawat pejuang ini akan memberikan kuasa udara kepada keseluruhan SAF, lantas membantunya membentuk kempen-kempen darat dan kelautannyaPesawat F-15SG yang serba boleh ini berupaya melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan darat-ke-udara. Menurut Presiden Pesawat Peperangan Boeing, Chris Chadwick, RSAF telah memesan 24 buah F-15SG dari Boeing dan dijadualkan menerima semua jet-jet pejuang ini pada tahun 2012.Kumpulan pertama versi F-15 yang termaju ini, yang telah mencatatkan 104 kemenangan tanpa kekalahan dalam pertempuran udara, dijadualkan siap pada suku kedua tahun 2009. Ia akan dihantarkan ke unit pengerahan RSAF di Markas Angkatan Udara Mountain Home di Idaho.Menurut timbalan Presiden program F-15 Mark Bass: "Singapura telah menerapkan kemajuan teknologi yang penting kepada pesawat tersebut. Ciri yang paling ketara ialah sistem pegesan (radar) eletronik yang canggih."Peningkatan penting lainnya termasuklah sebuah set injin yang berkuasa tinggi, tangki-tangki minyak yang lebih banyak dan ruang muatan bayar yang lebih besar.Bagi persiapan untuk menerima penghantaran kumpulan pertama F-15SG, unit pengerahan RSAF telah pun memulakan latihan menggunakan pesawat-pesawat F-15E kepunyaan Angkatan Udara Amerika di Amerika Syarikat.Upacara Pengenalan pesawat pejuang yang bertempat duduk kembar itu telah dihadiri oleh lebih 200 orang, termasuklah kakitangan syarikat Boeing dan anggota-anggota Agensi Sain & Teknologi Pertahanan yang telah membuat pesanan."Program F-15SG ini adalah satu lagi contoh perkongsian kerjasama antara Amerika Syarikat dengan Singapura serta dedikasi kedua-dua negara terhadap matlamat keselamatan yang serupa," kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Singapura Patricia Herbold, yang merupakan seorang tetamu kehormat di majlis tersebut.

Baju Seragam Baru Tentera Jiran



Seragam baru No. 4 (kanan) lebih bersepadu
dengan persekelilingan berbanding
dengan pakaian seragam yang wujud kini.


Sumber: http://www.mindef.gov.sg/imindef/publications/cyberpioneer/ed/malay/features/2008/oct08_fs.html

Lebih dikenali hanya sebagai No. 4, pakaian seragam Tentera Darat yang ada kini telah digunakan sejak 25 tahun lalu.Namun, mulai tahun hadapan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menggantikan seragam yang telah lama berjasa ini. Ia akan digantikan secara bertahap dengan seragam baru yang menjanjikan tahap keselesaan yang lebih dan risiko pengesanan yang lebih rendah.PIONEER meneliti penjelmaan terbaru seragam tersebut.Kerumitan lanskap operasi hari ini yang semakin meningkat, mengkehendaki para askar SAF Generasi Ketiga untuk lebih kerap melaksanakan tugas-tugas keselamatan dengan kepelbagaian yang meluas merangkumi rupa bumi yang berbeza-beza.Bercakap di sebuah taklimat media pada 1 September lalu, Ketua Turus Markas Divisyen ke-9 (Infantri), Kolonel (COL) Tan Chor Kiat, menekankan penguasaan operasi bandar di persekitaran yang wujud sekarang. Juga, dengan bertambahnya keperluan untuk menangani kemajuan pesat dalam teknologi kelengkapan pengawasan."Kami tidak dapat menghindari dari beroperasi di kawasan bandar, dan salah satu ciri-ciri perang bandar ialah para askar akan ditembak dengan lebih kerap, dan dari jarak yang lebih dekat," jelas beliau. "Daya ketahanan hidup para askar merupakan faktor terpenting bagi kami. Dan bila saya bercakap mengenai daya ketahanan hidup, saya memaksudkan aspek perlindungan dan persembunyian."Unsur samaran Sejak setahun lalu, Tentera Darat telah berkerjasama dengan Agensi Teknologi dan Sains Pertahanan (DSTA) untuk menciptakan hasil reka bentuk yang akan memberikan para askar kami persediaan yang lebih baik, dalam operasi yang merentasi kawasan bandar dan perhutanan.Setelah menganalisa dengan teliti beratus-ratus imej yang diambil dari pelbagai persekitaran dan keadaan cahaya, sebuah pasukan ahli sains telah mengenal pasti penggabungan warna terbaik yang paling sesuai untuk keperluan kerja SAF.
Ini lebih dipelengkapkan dengan penggunaan corak-corak berpiksel yang menghasilkan suatu kesan visual yang mengaburkan. Penyelidikan terperinci oleh DSTA mendedahkan bahawa piksel-piksel kecil tersebut membantu 'memecahkan' garis serta bentuk kukuh, membuatkannya lebih sukar untuk dikenal pasti dari penglihatan mata kasar.Namun, berbanding dengan samaran yang dahulu, reka bentuk yang baru ini mempunyai ciri-ciri unik iaitu bentuk mikro yang terletak di dalam bentuk makro yang lebih besar. Kajian yang meluas telah dijalankan dimana ia digunakan di dalam latihan medan di pelbagai kawasan. Hasilnya menunjukkan bahawa ia berkesan, dari jarak dekat mahupun jauh untuk menyamarkan para askar dengan persekitaran, dengan lebih baik lagi.



Dengan bertambahnya alat-alat pengawasan yang dapat mengesan askar di waktu malam, pastinya ia sangat genting untuk memastikan corak berpiksel tersebut untuk sentiasa berjaya dalam merendahkan peluang mereka untuk dikesani.Demi itu, pakaian seragam yang baru telah dilengkapkan dengan keupayaan hampir haba-merah. Dengan itu, reka bentuk berpiksel tersebut dapat mengekalkan keberkesanannya walaupun dilihat menerusi alat-alat penglihatan malam.Sewaktu ditanya mengenai pakaian seragam baru yang memberikan samaran lebih baik, COL Tan berkata: "Agak susah untuk saya mengatakan peratusan tertentu kerana hasilnya berbeza di setiap jarak dan rupa bumi, keadaan cahaya serta cuaca. Namun, agak tepat jika saya menjangkakan peningkatan keupayaan samaran para askar adalah sekitar 30 hingga 50 peratus."Memaksimakan keselesaan dan kemudahan Sambil mengekalkan matlamat untuk menambahkan kemampuan seorang askar beroperasi di medan perang, keselesaan juga merupakan suatu faktor penting dalam reka bentuk fungsi seragam tersebut.Menurut COL Tan Peng Kuan, Ketua Pegawai Pembekalan, pakaian seragam baru mempermudahkan peraliran udara yang lebih baik dan menghilangkan haba tubuh dengan lebih pantas. Sebagai contoh, kadar ketertelapan udara adalah "enam kali lebih baik dari seragam yang ada sekarang, dan kadar peresapan peluh adalah dua kali lebih tinggi."Gabungan baru bahan kain kapas dan poliester telah menghasilkan suatu bahan baru yang mempercepatkan pengeringan pada kadar dua kali lebih pantas dari seragam lama.

Ini bererti, para askar akan merasa lebih dingin dan ini membolehkan mereka untuk bekerja dengan lebih selesa dan cekap. Ini merupakan kebimbangan yang dirasakan oleh setiap ahli kerahan seperti Korporal (CPL) Bryan Lee."Sewaktu kami mula-mula mencuba seragam baru itu, perkara pertama yang kami perasan adalah ia lebih ringan dari seragam kami sekarang," kata ahli Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa yang berusia 20 tahun itu."Dengan pakaian seragam baru ini, peluh menyejat dengan lebih cepat, jadi ia membantu kami merasa sejuk dan kekal kering."Bila disoal berkenaan pandangan beliau mengenai reka bentuk berpiksel , CPL Lee membalas bahawa "mereka harus menyesuaikan diri dengan gaya baru tersebut", tetapi manfaatnya mengatasi segalanya. "Bila kami keluar ke medan, saya mendapati lebih sukar untuk mengesan rakan askar yang memakai seragam baru. Oleh itu, saya yakin corak samaran itu sangat berkesan sekali," tambah beliau.Melengkapi seragam kombat baru itu juga, merupakan set baju perisai yang turut menggunakan corak berpiksel.

Baju pelindung itu membenarkan para askar untuk menyerang hendap musuh dari jarak dekat, dengan lebih berkeyakinan.Berat yang dipikul setiap askar, persepaduan ergonomik dengan pelengkapan masing-masing turut dipertimbangkan dengan teliti, lalu dijadikan faktor penting dalam perekaan semula seragam tersebut.Sebagai contoh, penggunaan tali sangkutan bahu dan penggabungan butang dan velkro dapat membantu mengurangkan tekanan serta melegakan tekanan khususnya di bahu dan dada. Sementara itu, kolarnya pula boleh dilipat ke atas untuk melindungi leher dari lecetan yang disebabkan oleh sandang senapang.Kata COL Tan Peng Kuan lagi: "Keseluruhannya, seragam baru ini akan dapat mengekalkan kesejukan dan kekeringan tubuh para askar, sekaligus, memberikan mereka keselesaan. Dari segi daya ketahanan pula, kadar kekoyakan, kekecutan dan penurunan warna adalah sama seperti seragam yang ada kini."Ujian-ujian sokongan yang dijalankan oleh Sekolah Bahan Sains dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Nanyang menunjukkan bahawa "bahan dari seragam baru tersebut adalah yang terbaik untuk para askar dengan menggabungkan tiga faktor utama iaitu peralihan udara yang baik, keselesaan dan ketahanannya," kata Pengerusi Madya (Akademik) sekolah itu, Profesor Ma Jan.Tiada pembaziran

Demi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan pakaian seragam yang baru, Tentera Darat akan mengambil langkah yang melibatkan keberkesanan kos dengan memperkenalkannya secara bertahap, selama tiga tahun. Proses pelaksanaan ini selari dengan kitaran kerosakan seragam para ahli kerahan, dari segi kelusuhan dan kekoyakan semulajadi.Bermula pada Januari akan datang, para rekrut baru dan juga kakitangan aktif serta Ahli NS Sedia Beroperasi yang menjalankan Latihan Dalam Kem untuk tahun keenam dan ketujuh mereka, akan diberikan bekalan seragam kombat baru.Tambahan pula, para askar pasti teruja apabila menerima seragam yang kini lebih mengikut potongan badan mereka sendiri.Usaha "e-sizing" yang diperkenalkan menerusi lelaman "NS Portal" akan mengumpul data mengenai saiz para ahli kerahan, lencana dan teg nam mereka. COL Tan Peng Kuan menjelaskan: "Ini supaya kami dapat menyediakan seragam yang muat dengan lebih baik, lengkap dengan lencana yang telah dijahit serta teg nama yang telah dilekatkan di seragam mereka. Lelaman NS Portal tersebut juga memberikan para ahli kerahan pilihan, sama ada mereka ingin mengekalkan saiz baju yang sama atau memasukkan ukuran saiz yang baru.""Untuk mereka yang memasukkan ukuran saiz peribadi, kami sedang berusaha untuk mencipta saiz-saiz tambahan untuk dipadankan dengan profil mereka."Dengan menawarkan para ahli kerahan seragam mengikut tempahan, tiada lagi seragam yang dihasilkan menurut "satu saiz muat semua".


Tahukah anda?

Perkembangan pakaian seragam SAFSecara kebetulan, No. 4 telah melalui perubahan sebanyak empat kali, sebelum ia diberikan nafas baru dengan corak berpiksel yang baru.Dalam tahun 1967, seragam kombat SAF yang pertama telah dikeluarkan untuk menggantikan seragam berkawat corak lama yang digunakan oleh pihak British. Dibuat dari bahan kain kapas yang digelar "Temasek Green cotton drill", seragam ini mempunyai dua kocek di bahagian bajunya dan tiga kocek pada seluarnya. Bajunya sentiasa harus disematkan ke dalam seluar, apabila dipakai.Suatu perubahan berlaku kepada baju seragam tersebut dalam tahun 1977. Ia digantikan dengan baju yang lebih labuh yang bertujuan untuk menghalang ruam panas atau pengelupasan. Oleh kerana ia lebih labuh, maka bajunya menjadi lebih selesa serta kelusuhan dan kekoyakan pun berkurangan. Walaupun seragam tersebut masih mengekalkan nama "Temasek Green", namun terdapat perbezaan. Kini warnanya lebih kepada hijau tua dan ia mempunyai empat kocek.Perubahan penting telah dilaksanakan dalam tahun 1983 dengan pelancaran reka bentuk No. 4 yang wujud kini. Diantara cirinya merupakan corak samaran yang dicipta menggunakan tompokan warna hitam, coklat dan hijau yang berpanca.Namun, disebabkan rungutan mengenai penurunan warna, bahan yang berbeza mula digunakan dalam tahun 1985. Bahan ini ternyata lebih ringan dan membenarkan peraliran udara yang lebih baik.