Ahad, 14 Disember 2008

Pesawat Pejuang F-15SG













Laporan dan gambar oleh Kok Wah Chuen
(Posted: 05 Nov 2008, 1430 hours (Time is GMT +8 hours)

Pesawat F15-SG yang pertama telah berjaya menyelesaikan penerbangan ujiannya yang pertama pada 16 September.

Sumber: http://www.mindef.gov.sg/imindef/publications/cyberpioneer/ed/malay/news/2008/November/07nov08_berita.html


Dalam sebuah upacara ringkas, Boeing telah menandakan selesainya pembikinan F-15SG, versi khas Singapura bagi pesawat F-15S, di kilangnya di St Louis, Missouri, pada 3 November lalu. Pesawat pejuang yang sesuai untuk semua jenis cuaca dan mempunyai berbilang peranan itu dijangkakan akan menjadi kuasa penting dalam simpanan senjata Angkatan Udara Singapura (RSAF) kerana ia akan menggantikan pesawat pengebom Super Skyhawk A-4SU."Sebagai penyokong utama bagi pesawat berbilang peranan generasi akan datang, pesawat F-15SG akan meningkatkan keupayaan pertahanan udara, kedudukan udara dan keupayaan menyerang," kata Ketua Angkatan Udara Mejar-Jeneral (MG) Ng Chee Khern."Pesawat F-15SG juga akan menambah dimensi baru kepada integrasi RSAF dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Generasi ke-3. Pesawat pejuang ini akan memberikan kuasa udara kepada keseluruhan SAF, lantas membantunya membentuk kempen-kempen darat dan kelautannyaPesawat F-15SG yang serba boleh ini berupaya melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan darat-ke-udara. Menurut Presiden Pesawat Peperangan Boeing, Chris Chadwick, RSAF telah memesan 24 buah F-15SG dari Boeing dan dijadualkan menerima semua jet-jet pejuang ini pada tahun 2012.Kumpulan pertama versi F-15 yang termaju ini, yang telah mencatatkan 104 kemenangan tanpa kekalahan dalam pertempuran udara, dijadualkan siap pada suku kedua tahun 2009. Ia akan dihantarkan ke unit pengerahan RSAF di Markas Angkatan Udara Mountain Home di Idaho.Menurut timbalan Presiden program F-15 Mark Bass: "Singapura telah menerapkan kemajuan teknologi yang penting kepada pesawat tersebut. Ciri yang paling ketara ialah sistem pegesan (radar) eletronik yang canggih."Peningkatan penting lainnya termasuklah sebuah set injin yang berkuasa tinggi, tangki-tangki minyak yang lebih banyak dan ruang muatan bayar yang lebih besar.Bagi persiapan untuk menerima penghantaran kumpulan pertama F-15SG, unit pengerahan RSAF telah pun memulakan latihan menggunakan pesawat-pesawat F-15E kepunyaan Angkatan Udara Amerika di Amerika Syarikat.Upacara Pengenalan pesawat pejuang yang bertempat duduk kembar itu telah dihadiri oleh lebih 200 orang, termasuklah kakitangan syarikat Boeing dan anggota-anggota Agensi Sain & Teknologi Pertahanan yang telah membuat pesanan."Program F-15SG ini adalah satu lagi contoh perkongsian kerjasama antara Amerika Syarikat dengan Singapura serta dedikasi kedua-dua negara terhadap matlamat keselamatan yang serupa," kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Singapura Patricia Herbold, yang merupakan seorang tetamu kehormat di majlis tersebut.

Tiada ulasan: