Jumaat, 5 Jun 2009

Main Battle Tank (MBT) Anggota FPDA

Kali ni saya sediakan sedikit maklumat tentang MBT negara jiran kita yang juga anggota FPDA.

Sumber: http://www.mindef.gov.sg/imindef/publications/cyberpioneer/ed/malay/weapon/2008/01dec08_senjata.html

Laporan oleh Brendan Mark Foo
Gambar oleh Chua Soon Lye


Perekaan bentuk kereta kebal telah lama menghadapi kepayahan dalam mengimbangi kekuasaan dan kelajuan. Namun, Leopard 2 mempunyai tahap pengendalian yang mudah, walaupun ia mempunyai keupayaan kuasa api dan perisaian yang kukuh. Ini menjadikannya perintis dikalangan Kereta Kebal Penggempur Utama (MBT).

Setelah pengelasan kereta kebal diubah selepas Perang Dunia Kedua, MBT, yang mempunyai berbilang penggunaan dan peranan, telah menjadi sesuatu yang wajib diperolehi setiap batalion berperisai.

Pilihan Popular

Terdapat keperluan untuk memperolehi sebuah kereta kebal baru yang lebih baik di dalam Ketenteraan Jerman. Dalam tahun 1977, ini menjadi kenyataan apabila Krauss-Maffei Wegmann (KMW) Leopard 2 telah dipilih untuk menggantikan Leopard 1.

Dalam tahun-tahun 90-an, penggunaan Leopard 2 telah meningkat ke tahap yang baru dengan lebih banyak negara yang menjadi penggunanya. Awal tahun ini, sebanyak 16 negara termasuk Poland dan Finland telah mula menggunakan kereta kebal tersebut. Kereta kebal tersebut telah memulakan perkhidmatannya dalam tahun 1979, dan semenjak itu, beberapa versi telah digunakan di dalam angkatan tentera Jerman. Hari ini, lebih dari 3,500 buah Leopard 2 masih dalam perkhidmatan di serata dunia.

Kemajuan Perisai

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada peristiwa Perang Yom Kippur dalam tahun 1973. Salah satunya adalah penekanan mengenai keperluan genting perlindungan berperisai yang lebih unggul di masa hadapan. Dengan itu, para perekanya telah memilih tahap perlindungan yang lebih tinggi berbanding dengan contoh sulungnya.

Kereta kebal tersebut yang mempunyai perisai yang berjarak menyerong telah dipertingkatkan kelas beratnya. Namun, ia juga turut meningkatkan perlindungan dari senjata anti kereta kebal yang kini telah mula menampakkan penguasaannya di medan perang.

Contoh sulung turet juga turut diubah. Ia diubah menjadi lebih padat disebabkan tambahan perisai yang dibuat daripada besi keluli tegak yang bertebuk. Turet tersebut sememangnya lebih besar daripada yang ada di Leopard 1 kerana ia mempunyai sebuah lokar storan dalaman besar yang dijadikan tempat menyimpan senjata, di bahagian belakang. Ia juga menggunakan perisai bertebuk dan bukan perisai Chobham, seperti yang selalu dikatakan.

Kuasa mentah

Leopard 2 bergerak dengan menggunakan enjin diesel 12-silinder MTU MB 873 Ka-501 MT, dan ia mampu menghasilkan sehingga 1,500 kuasa kuda di paras 2,600 rpm.

Sebuah kereta kebal garis dasar seberat 55.15 tan, boleh mencapai kelajuan jalanan maksima selaju 72km/jam. Ia mampu mencapai jarak operasi jalanan sejauh 550km dan mempunyai nisbah kuasa dengan keberatan sebanyak 27 kuasa kuda/tan – salah satu daripada yang paling mengagumkan dari kelas tersebut.

Kelainan terbaru

Leopard 2A4 merupakan jenis yang paling biasa kelihatan. Ia mempunyai kuasa api automatik dan sistem penahanan ledakan, sebuah sistem kawalan api digital sepenuhnya untuk mengendalikan jenis-jenis senjata baru, serta sebuah turet yang dipertingkatkan dengan besi titanium datar dan perisai tungsten.

Ketika mereka dikeluarkan di antara tahun-tahun 1985 hingga 1992, kesemua model sebelumnya telah dipertingkatkan kepada piawai 2A4. Leopard 2A5 pula telah menambah perisai tambahan berbentuk pasak di bahagian hadapan dan sisi turet.

Bukan sahaja ia boleh menumpaskan sebuah serangan dan letupan 'hollow charge', ia juga direka bentuk untuk menjejas penceroboh bertenaga kinetik dengan memaksanya untuk menukar haluan dan menghakisnya pada masa yang sama.

Pengawalan turet dalam 2A5 pula kini berkuasa elektrik sepenuhnya, dan ini meningkatkan kebolehpercayaannya dan keselamatan para kru serta mengurangkan lagi keberatannya.

Tentera Jerman telah mula menggunakannya pada tahun 1998.

Jenis Leopard 2 terkini, yang dihantarkan pada tahun lalu, adalah jenis 2A6. Ia mempunyai tambahan seperti senjata meriam berlubang laras rata Rheinmetall 120mm L55.

Leopard Singapura

Pada Disember 2006, Tentera Singapura telah mengumumkan pemerolehan Leopard 2A4. MBT tersebut telah dihantar, diubahsuai dan dipertingkatkan oleh KMW.

Kereta-kereta kebal ini menggantikan jenis SM-1 yang lama. Paling ketara sekali, kereta-kereta kebal baru ini telah diperlengkapkan dengan meriam utama yang menggunakan penstabilan giroskop. Ini membolehkan mereka untuk menembak sasaran sambil bergerak merentasi rupa bumi yang sukar. Kepayahan ini tidak dapat dilakukan sebelumnya oleh SM-1.

Leopard 2A4 Singapura juga telah dilengkapi oleh sebuah mesingan sepaksi berukuran 7.62mm, sebuah mesingan anti pesawat berukuran 7.62mm dan pelancar bom asap berukuran 16.76mm.

Dari segi enjin kereta kebal tersebut pula, nisbah kuasa dengan keberatannya adalah 50 peratus lebih tinggi daripada SM-1. Kuasa kudanya sebanyak 1,500 juga melepasi SM-1 yang mempunyai kuasa kuda setinggi 290 sahaja. Ia boleh bergerak sehingga 12km/jam lebih pantas berbanding dengan SM-1.

Setelah diuji dan terbukti kebolehannya di persekitaran seperti Afghanistan dan Iraq baru-baru ini, penambahan Leopard 2A4 ke dalam kumpulan senjata Singapura kelihatan akan lebih memberikan kuasa kepada Tentera untuk menjadi sebuah kuasa yang tidak dapat dihentikan, kuasa yang membawa maut dan juga kuasa yang ditakuti.

PERINCIAN TEKNIKAL LEOPARD 2A4

Kru: 4
Berat Gempur: 55.115 tan
Persenjataan utama: Meriam berlubang laras rata 120mm L44
Kelajuan maksima jalanan: 72km/jam
Jarak maksima jalanan: 550km

Tiada ulasan: