Jumaat, 1 Februari 2008

UAV Functions



UAVs perform a wide variety of functions. The majority of these functions are some form of remote sensing. Less common UAV functions include interaction and transport. To create viable new UAV systems, these functions are integrated to allow the UAV to perform complex tasks within its given application.

Remote Sensing
UAV remote sensing functions include electromagnetic spectrum sensors, biological sensors, and chemical sensors. A UAV's electromagnetic sensors typically include visual spectrum, infrared, or near infrared cameras as well as radar systems. Other electromagnetic wave detectors such as microwave and ultraviolet spectrum sensors may also be used, but are uncommon. Biological sensors are sensors capable of detecting the airborne presence of various microorganisms and other biological factors. Chemical sensors use laser spectroscopy to analyze the concentrations of each element in the air.

Transport
UAVs can transport goods using various means based on the configuration of the UAV itself. Most payloads are stored in an internal payload bay somewhere in the airframe. For many helicopter configurations, external payloads can be tethered to the bottom of the airframe. With fixed wing UAVs, payloads can also be attached to the airframe, but aerodynamics of the aircraft with the payload must be assessed. For such situations, payloads are often enclosed in aerodynamic pods for transport.

Scientific Research
Unmanned aircraft are uniquely capable of penetrating areas which may be too dangerous for piloted craft. The National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) began utilizing the Aerosonde unmanned aircraft system in 2006 as a hurricane hunter. AAI Corporation subsidiary Aerosonde Pty Ltd. of Victoria (Australia), designs and manufactures the 35-pound system, which can fly into a hurricane and communicate near real-time data directly to the National Hurricane Center in Florida. Beyond the standard barometric pressure and temperature data typically cultivated from manned hurricane hunters, the Aerosonde system provides measurements far closer to the water’s surface than previously captured. Further applications for unmanned aircraft can be explored once solutions have been developed for their accommodation within national airspace, an issue currently under discussion by the Federal Aviation Administration.

UAV classification


UAVs typically fall into one of six functional categories (although multi-role airframe platforms are becoming more prevalent):
*Target and decoy - providing ground and aerial gunnery a target that simulates an enemy *aircraft or missile
*Reconnaissance - providing battlefield intelligence
*Combat - providing attack capability for high-risk missions (see Unmanned Combat Air Vehicle)
*Logistics - UAVs specifically designed for cargo and logistics operation
*Research and development - used to further develop UAV technologies to be integrated into field deployed UAV aircraft

Civil and Commercial UAVs - UAVs specifically designed for civil and commercial applications
They can also be categorised in terms of range/altitude and the following has been advanced as relevant at such industry events as ParcAberporth Unmanned Systems forum.

-Handheld 2,000 ft (600 m) altitude, about 2 km range
-Close 5,000 ft (1,500 m) altitude, up to 10 km range
-NATO type 10,000 ft (3,000 m) altitude, up to 50 km range
-Tactical 18,000 ft (5,500 m) altitude, about 160 km range
-MALE (medium altitude, long endurance) up to 30,000 ft (9,000 m) and range over 200 km
-HALE (high altitude, long endurance) over 30,000 ft and indefinite range
-HYPERSONIC high-speed, supersonic (Mach 1-5) or hypersonic (Mach 5+) 50,000 ft (15,200 m) or suborbital altitude, range over 200km
-ORBITAL low earth orbit (Mach 25+)
-CIS Lunar Earth-Moon transfer

Unmanned Aerial Vehicle- UAV




An unmanned aerial vehicle (UAV), sometimes called an unmanned air-reconnaissance vehicle, is an unpiloted aircraft. UAVs can be remote controlled or fly autonomously based on pre-programmed flight plans or more complex dynamic automation systems. UAVs are currently used in a number of military roles, including reconnaissance and attack. They are also used in a small but growing number of civil applications such as firefighting where a human observer would be at risk, police observation of civil disturbances and scenes of crimes, and reconnaissance support in natural disasters. UAVs are often preferred for missions that are too "dull, dirty or dangerous" for manned aircraft.



There are a wide variety UAV shapes, sizes, configurations, and characteristics. For the purposes of this article, and to distinguish UAVs from missiles, a UAV is defined as being capable of controlled, sustained level flight and powered by a jet or reciprocating engine. Cruise missiles are not classed as UAVs, because, like many other guided missiles, the vehicle itself is a weapon that is not reused even though it is also unmanned and might in some cases be remotely guided.
The abbreviation UAV has been expanded in some cases to UAVS (Unmanned Aircraft Vehicle System). The Federal Aviation Administration has adopted the generic class Unmanned Aircraft System (UAS) originally introduced by the U.S. Navy to reflect the fact that these are not just aircraft, but systems including ground stations and other elements.




Rabu, 30 Januari 2008

KECEKAPAN PERISIK TONGGAK KESELAMATAN NEGARA

Oleh Hardi Effendi Yaacob (bharian Online)
Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Skuad/20071224071442/Article/

DITUBUHKAN sejak awal 1970-an, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) antara jabatan terpenting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus bagi mengendalikan operasi risikan dan pelbagai misi mustahil lain. Malah, jabatan itu berperanan penting dalam melakukan pengesanan awal, selain pengumpulan maklumat berhubung sebarang anasir atau kegiatan yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Mohd Salleh Ismail, berkata BSPP sebahagian daripada agensi dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan keupayaan sistem keselamatan negara melalui maklumat risikan yang diperoleh.

“Dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman rakyat, elemen perisikan amat penting kerana ia membantu perancangan strategi bagi menghalang serta bertindak balas dengan mana-mana anasir jahat atau musuh negara. “Setiap negara di seluruh dunia pasti mempunyai agensi perisikan masing-masing kerana tugas ini penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terbabit sentiasa dalam keadaan terjamin,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kenaikan pangkatnya yang disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, BSPP ketika ini mempunyai enam unit operasi iaitu Cawangan Gerak Saraf, Cawangan Perisikan Tempur, Cawangan Perisikan Imej, Cawangan Risik Balas dan Keselamatan serta Cawangan Risik Peperangan Elektronik. “Kehidupan aman damai oleh semua kaum yang dikecapi rakyat hasil daripada keselamatan yang terjamin. Malah, kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara adalah hasil kecekapan BSPP serta agensi keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara. “Rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih dengan keharmonian yang diperoleh ini dan memperakui bahawa ini adalah hasil dari dasar keselamatan dan pembangunan seimbang,” katanya. Justeru, beliau berkata, pembangunan yang dinikmati hari ini adalah bertitik tolak daripada kesinambungan keselamatan yang dimainkan semua agensi keselamatan negara dalam menangani masalah dan cubaan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk menghancurkan negara.

“BSPP secara keseluruhannya saling berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan pasukan keselamatan yang lainnya dalam memperoleh maklumat untuk bertindak balas dan mencegah serta menangkis semua bentuk ancaman. “Ini termasuklah usaha pihak yang berkepentingan untuk mengganggu kerajaan melalui aktiviti keganasan. Usaha menyeluruh ini sekali gus akan meningkatkan tahap keselamatan negara pada kedudukan tertinggi agar rakyat dapat terus hidup sejahtera,” katanya.

AWASI EJEN PERISIKAN DI KALANGAN PEKERJA ASING

Oleh: seandexters -combatzone05@yahoo.com.my
Dipetik dari laman :
http://www.smartgeneration.com.my/forum/viewtopic.php?t=12073&highlight=&sid=762aba163b61afa047cba038ed2a7f44


Kemanakah semangat rela mempertahankan negara dari di ceroboh oleh warga negara jiran? Apakah kita rela membiar dan memerhatikan sahaja pegawai penguatkuasa kita dibelasah di dalam wilayah kita sendiri oleh samseng negara jiran?. Apakah sifat kita terlampau hormatkan "segala benda dari luar negara" sehingga kita boleh diperlakukan apa sahaja oleh warga asing di dalam negara kita sendiri?. Iktibar penguatkuasa kerajaan pusat dibelasah oleh warga asing di Kompleks Bukit Kayu Hitam tahun lalu sesungguhnya memalukan seluruh rakyat negara kita. Itu yang nyata berlaku di depan mata kita tanpa berselindung dan perlakuan samseng negara jiran dilakukan secara terbuka di tempat awam di siang hari.. Sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman setiap kali ada peristiwa buruk, bencana dan insiden yang tidak diingini, episod tuding menuding menyalahkan orang lain dan lagu "bangau oh bangau" pun berkumandang semula. Barulah mula mahu memperketatkan sempadan negara. Agaknya jika tidak berlaku serangan tersebut, sempadan negara kita amat bebas untuk keluar masuk oleh warga asing.

Tidak terfikirkah kita bagaimana pengemis dan pelarian Myanmar boleh bolos sehingga ke Kuala Lumpur tanpa sebarang dokumen yang sah?. Begitu juga pendatang haram dari Bangladesh dan Kemboja. Masakan mereka masuk dari Singapura?. Selain contoh di Bukit Kayu Hitam yang dianggap "ringan" oleh segelintir pihak, kita jangan sangkakan tiada anasir dari luar yang ingin membuat kacau di negara kita. Mungkin keselesaan kita dan sejarah moden Malaysia yang tidak pernah sengsara selepas Perang Dunia Kedua, membuatkan kita leka dan lalai tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam aspek pertahanan dan perisikan negara. Jika kita seperti rakyat Palastin, Vietnam dan Afghanistan, setiap rakyat asing yang masuk ke negara mereka akan tetap disangsi dan dicurigai. Jangan harap rakyat negara berkenaan dengan mudah boleh berbaik-baik dengan kita sebagai orang asing di negara mereka. Keadaan sebaliknya berlaku di negara kita. Mungkin sifat kita yang telebih bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut telah mengakibatkan orang asing telah "membaca kelemahan" kita sendiri. Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak menghiraukan peranan ejen perisikan asing yang menjelma dalam kehidupan seharian kita dengan pelbagai wajah untuk menjalankan peranan risik mereka di sekeliling kita. Kebanyakan daripada kita yang menikmati kehidupan yang baik dan selesa pada masa sekarang sering terlupa mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh menghancurkan negara. Mereka lupa bahawa perisikan mampu memainkan peranan besar dalam menumbangkan seseorang dan sekali gus meruntuhkan sesebuah negara.

Perisikan di Asia Tenggara bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Kuasa-kuasa besar akan menjalankan aktiviti perisikan mereka di negara-negara tertentu bagi memastikan dasar-dasar tertentu memenuhi matlamat dan ideologi mereka. Lebih hebat lagi perisikan juga akhirnya boleh membawa kepada kejatuhan sesebuah negara atau seseorang pemimpin. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana ejen-ejen perisikan dapat memenuhi matlamat kuasa-kuasa besar ini walaupun kos yang diperlukan amat tinggi. Sebelum Perang Dunia Kedua, Jepun telah meletakkan perisiknya di Tanah Melayu yang bekerja dan membuka klinik gigi. Amerika Syarikat telah menggunakan ejen-ejennya untuk melakukan provokasi sehingga tercetusnya perang saudara antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Walaupun Amerika gagal dalam misi Vietnam, namun kesannya berparut sehingga ke hari ini. Kejatuhan pemimpin lantang Indonesia, Sukarno dalam tahun 60-an merupakan satu kejayaan bagi perisikan asing. Ini diakui oleh ahli sejarah British, David Easter dalam jurnal Intelligence and National Security. Sukarno ketika itu dianggap sebagai duri dalam daging kuasa-kuasa Barat. Namun kelicikan perisikan dengan di tambah peranan media Barat berjaya membohongi rakyat Indonesia untuk menerima hakikat Sukarno akan tunduk kepada tekanan komunis. Mereka yang memainkan peranan utama perisikan British ketika itu sehingga tersungkurnya Sukarno ialah Duta Britain ke Jakarta, Andrew Gilchrist dan pakar propaganda Pejabat Luar Britain, Norman Reddaway. Mereka inilah yang menggoncang kestabilan kerajaan Indonesia.

Malaysia juga sebenarnya tidak terlepas daripada intipan ejen perisikan. Pada awal 80-an, seorang bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri turut dilatih oleh kuasa luar untuk menjadi ejen perisikan Soviet Union. Kewujudan pejabat kedutaan Israel di Singapura tidak harus dipandang ringan kerana negara di selatan Semenanjung ini adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan diplomatik secara langsung dengan negara Yahudi itu. Tidak mustahil rakyat Singapura diupah oleh ejen-ejen perisikan Israel untuk menjalankan intipan terhadap negara kita. Perisikan alaf baru kini lebih mirip kepada risikan dan rahsia kerajaan yang melibatkan propaganda dan gerak saraf ideologi. Ejen-ejen perisikan akan menyusup masuk ke sektor ekonomi, pentadbiran, sistem pertahanan negara dan malah akan cuba berbaik-baik dengan pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka akan mengeluarkan bantuan kewangan, peralatan komunikasi yang canggih, alat pengintipan yang serba moden, senjata dan latihan sama ada kepada individu atau kumpulan tertentu. Bagi mereka sesiapa sahaja yang dilihat boleh membantu mencapai matlamat risikan, akan menjadi sasaran.

RMK-9 telah memperlihatkan begitu banyak pembinaan bangunan strategik dan berfungsi keselamatan negara akan di bina. Antaranya berpuluh balai polis, ibu pejabat polis daerah, kem tentera, pengkalan polis marin, bangunan pejabat kerajaan dan infrastruktur yang bertahap keselamatan tinggi seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kenyataan Menteri Sumber Manusia bahawa negara kita akan dibanjiri oleh 5 juta pekerja asing menjelang 2010 seharusnya dipandang serius dan dikaji semula. Sektor guna tenaga dan sumber manusia perlu memikirkan sesuatu agar tawaran pekerjaan kepada pekerja asing tidak mencecah sebegitu besar. Kerajaan perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor pembinaan dan perlu juga mencampuri urusan penambilan buruh asing oleh kontraktor terbabit agar tidak terdapat ejen perisikan asing yang menyamar sebagai buruh binaan. Mungkin kerajaan boleh mengambil modul dan prosedur saringan dan semakan seperti yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa pembinaan Kem Tuanku Sirajuddin di Gemas. Siasatan latar belakang pekerja dan tahap keselamatan dalaman yang tinggi semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan begitu terperinci dan teliti sekali semata-mata untuk mengelak dan memastikan selok belok tempat strategik pertahanan negara tidak diceroboh oleh pihak asing. Malah kerajaan sebelum ini pernah mengarahkan Jabatan Imigresen menyiasat latar belakang pekerja asing yang berkhidmat dengan pemimpin negara dan pegawai tinggi kerajaan bagi memastikan mereka bukan ejen-ejen perisik luar negara. Walaupun arahan ini telah lama dikeluarkan, kita berharap Jabatan Imigresen dapat meneruskan peranan ini.

Kerajaan juga harus mengambil langkah berhati-hati dalam memberi visa dan permit kerja kepada warga asing dalam bidang-bidang tertentu. Dalam era teknologi canggih ini, risikan boleh dilakukan dengan berbagai cara dan maklumat boleh disampaikan dengan begitu pantas sekali. Komunikasi tanpa sempadan dan capaian internet berkelajuan tinggi akan membolehkan maklumat risikan sampai ke kuasa luar dengan begitu cepat sekali. Ini belum lagi penggunaan teknologi satelit dan sistem informasi geografi (GIS) yang semakin hari semakin canggih dan terkini teknologinya. Perlu diingat 80% satelit di ruang angkasa bumi adalah satelit yang berfungsi perisikan yang dimiliki oleh kuasa-kuasa besar. Sektor ekonomi juga tidak boleh lari daripada menjadi intipan ejen perisikan. Pengambilan tenaga profesional negara asing dalam syarikat-syarikat besar tempatan yang mempunyai kuasa penentu jatuh bangun ekonomi negara perlu juga dipantau. Tidak mustahil mereka berperanan sebagai pemberi maklumat yang berharga kepada musuh negara dengan bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi negara. Kita harus berwaspada dengan peranan ejen perisikan ini kerana mereka bersedia melakukan apa sahaja untuk mengintip dan menyusup rahsia. Mereka akan menyamar, mengupah ejen tempatan, membuat rakaman dan penyalinan dokumen rahsia sama ada menggunakan telefon, kamera, menceroboh sistem komputer kerajaan dan rakam bual pihak tertentu dengan tujuan untuk mengintip. Hasil risikan pekerja asing di abad ke 21 ini bukan bermakna ada niat negara asing yang cemburu dengan suasana aman negara kita untuk menakluk negara kita dengan kuasa ketenteraan dan peperangan. Serangan mereka adalah melalui serangan mentaliti, merubah sikap, gaya hidup dan menipiskan pegangan agama rakyat kita. Itulah bakal serangan alaf baru yang akan menimpa negara jika kita sendiri tidak lalai dan sensitif dengan semangat mempertahankan negara dari diceroboh. Mungkin kesan jangka pendek tidak kita rasai sekarang. Akan tetapi jika ini berlarutan, apa akan terjadi kepada anak cucu kita nanti?. Adakah kita pernah fikirkan berapa lama kemerdekaan kita boleh bertahan?. Kita jangan bongkak untuk memperkatakan mana mungkin kita yang sudah merdeka boleh dijajah semula?. Lihatlah negara-negara yang lebih awal merdeka daripada kita seperti Iraq, Afghanistan dan Lubnan, apa sudah jadi dengan negara mereka sekarang?. Hanya semangat cintakan negara mampu menghalang kemaraan ejen-ejen perisikan ini yang berada di sekeliling kita. Sikap kitalah yang akan menentukan sejauh mana kejayaan ejen-ejen perisik asing ini.