Khamis, 23 Oktober 2008

AGEN PERISIKAN YANG BERPOTENSI (Part 1)

Tugas utama seorang “handler” (sila rujuk artikel sebelum ini), adalah untuk mengenal pasti dan memilih agen seperti yang mereka kehendaki. Ini bermakna mereka perlu mencari seseorang yang mempunyai laluan kepada maklumat yang ingin mereka perolehi.

Mereka akan mencari beberapa orang bakal agen dan kemudiannya disenarai pendek untuk mencari yang terbaik. Sasaran yang berpotensi berkemungkinan seorang pemprogram komputer atau pakar pemecah kod tetapi adalah baik untuk merekrut pakar analysis kerana mereka boleh menganalisa dan cuba mengakses maklumat dengan kebijaksanaan serta kemahiran mereka. Lain- lain sasaran yang berpotensi adalah seperti berikut:

1. Orang yang mempunyai sikap tidak peka atau kurang menghiraukan hal- hal berkaitan
keselamatan negara. (Mungkin ramai dinegara kita jika tiada langkah- langkah pencegahan
diambil)
2. Pembelot atau Penderhaka kepada negara mereka (Jika tidak dibendung negara kita akan ada
ramai penderhaka)
3. Banduan yang ingin mengurangkan tempoh tahanan mereka. (Bergantung kepada undang-
undang sesebuah negara)
4. Agen negara luar yang tertangkap dan “dibasuh serta berpaling tadah”. Ia juga dikenali
sebagai “double agents”
5. Orang yang boleh diugut atau diperas ugut kemudian tiada jati diri.
6. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan imbuhan dalam bentuk wang ( Jika tidak dibendung
negara kita mungkin akan ada agen kategori ini bagi pihak negara lain)

Bersambung...

KESELAMATAN DI RUMAH

Selain keselamatan negara, perisik juga perlu mengambil kira keselamatan rumah mereka Penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan perkara di atas bersama pembaca dan dianggap relevan walaupun anda bukan perisik...

Sesiapa sahaja yang menjejak anda sebagai perisik akan mengetahui pada satu masa anda perlu pulang ke rumah dan anda boleh dijumpai di rumah anda sendiri. Rumah adalah tempat anda berehat dan kebarangkalian anda kurang berhati- hati ketika itu adalah tinggi. Di rumah anda juga tersimpan segala maklumat, dokumen atau sebarang rahsia yang boleh mendedahkan identiti anda sebagai perisik kepada mana- mana organisasi perisikan.

Di rumah juga tempat anda bersama insan yang tersayang. Sentiasa beringat dan sentiasa mengambil kira gerak hati dan naluri anda. Sementara itu cuba berfikir tentang perkara berikut:-

1. Cuba mendapatkan khidmat anjing pengawal yang cerdik. Sebaiknya 2 ekor untuk menjaga rumah anda.
2. Jika anda layak, sebaiknya anda menyimpan senjata api yang mudah dikendalikan. Kayu pemukul baseball adalah pilihan lain yang terbaik.
3. Membina bilik keselamatan (panic room) di dalam rumah anda. Pastikan ia dapat bertahan selama 10 minit dan anda juga boleh mengaktifkan sistem penggera penceroboh dari dalam bilik ini. Talian telefon juga perlu tersedia di dalam bilik ini bagi memudahkan anda menghubungi pihak berkuasa.
4. Sekiranya tidak digunakan pastikan kenderaan anda terkunci di dalam garaj yang bertutup.
5. Sentiasa mengunci garaj kenderaan anda dan pastikan ia dilengkapi dengan sistem penggera.
6. Pasangkan CCTV dan merekodkan segala aktiviti disekeliling kawasan rumah anda.
7. Pastikan anda memasang sistem penggera yang paling bising bunyinya.
8. Pasangkan mangga di semua pintu sebagai kunci tambahan.
9. Pasangkan jeriji besi disemua tingkap dan pintu rumah anda.
10. Lindungi kawasan yang mudah dimasuki atau tingkap dengan sistem pengesan dari jenis magnetic contacts atau pengesan pecah cermin.
11. Jangan tinggalkan kunci bersepah- sepah di dalam rumah anda. Gunakan kotak penyimpan kunci yang bertutup. Anda juga perlu mengetahui siapa selain anda yang menyimpan kunci rumah anda.
12. Pasangkan langsir yang tidak telus cahaya disemua tingkap anda. Ini bagi mengelakkan penembak dari membunuh anda di malam hari dari luar rumah anda.
13. Pasangkan lampu yang terang disekeliling rumah anda terutama di kawasan yang sangat gelap.
14. Pastikan lampu terpasang di malam hari walaupun semasa ketiadaan anda di rumah.
15. Dapatkan lampu limpah yang boleh dikawal dari dalam rumah.
16. Simpan lampu kecemasan seperti pelita atau lampu picit di tempat yang mudah dicapai semasa terputus bekalan elektrik.
17. Membina jalan masuk atau keluar yang sukar kepada penceroboh seperti tembok atau pagar yang tinggi disekeliling rumah anda.
18. Tanggalkan sebarang nama anda atau nombor rumah dari peti surat rumah.
19. Jangan membuka pintu secara tiba- tiba jika ada tetamu. Pastikan terlebih dahulu siapa yang mengunjungi ke rumah anda.
20. Letakkan rantai pintu dipintu rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
21. Minta kad pengenalan atau kad pekerja sekiranya orang tidak dikenali (contoh pembaca meter) memasuki kawasan rumah anda. Anda boleh menyemak dengan syarikat umpama Syarikat Air atau elektrik mengenai kekerapan bacaan meter diambil.
22. Jangan meninggalkan rumah anda semasa orang tidak dikenali berada di kawasan rumah anda.
23. Sentiasa mengunci tingkap dan pintu rumah anda semasa keluar rumah walaupun untuk seketika.
24. Memberitahu rakan anda supaya menelefon anda terlebih dahulu sebelum mereka datang ke rumah anda.
25. Layan semua tetamu terutama yang datang waktu lewat malam sebagai tetamu yang mencurigakan.
26. Sekiranya anda meninggalkan rumah anda bagi satu tempoh yang lama, pastikan batalkan semua langganan harian seperti surat khabar.
27. Meminta bantuan jiran anda yang boleh dipercayai untuk mengosongkan peti surat anda setiap hari semasa ketiadaan anda di rumah.
28. Jangan memberitahu sesiapa pun tentang kerja anda atau maklumat berkenaan pemergian anda.

Persediaan adalah kunci kepada perlindungan keselamatan kepada diri dan keluarga anda. Tetapi anda tidak boleh hidup di dalam ketakutan. Simpan dokumen atau benda penting dalam peti keselamatan yang ditempatkan di lokasi rahsia di dalam rumah anda.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Pengintipan Asing

Baru- baru ini semasa saya dalam perjalanan balik ke pejabat, saya terpandang seorang lelaki kulit putih sedang menunggang basikal dari jenis mountain bike berhenti ditepi SP (sasaran Penting negara) lalu mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR.

Sekiranya anda berada di tempat yang sama ketika itu apa yang anda lakukan???

Rabu, 30 Julai 2008

Pilatus PC-21- SAF



Laporan oleh Terence Lim
Gambar oleh Lockheed Martin

Dipetik dari:



Izinkan saya membuat satu pengakuan. Apabila saya teringat kembali lakonan Tom Cruise di dalam cerita "Top Gun" beberapa tahun lalu, saya mula melahirkan cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang apabila dewasa kelak. Tapi impian itu hanya tinggal kenangan.Namun, ada berita baik bagi anda yang masih memegang teguh kepada idaman untuk menjadi seorang juruterbang! Bagi pelatih juruterbang di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang sedang melalui kursus penerbangan asas (Basic Wings Course), mereka bakal berkesempatan melatih dengan pesawat baru. PIONEER telah cuba mengenali dengan lebih mendalam lagi pesawat latihan terkini Pilatus PC-21.


Mulai Jun tahun depan, RSAF akan mempertingkatkan kelengkapan latihannya dengan memperolehi pesawat latihan terkini, jenis Pilatus PC-21.Pesawat yang berprestasi aerodinamik dan sistem latihan yang lebih bersepadu dan lebih canggih bakal memberikan para juruterbang RSAF ketangkasan yang lebih menyengkam berbanding dengan pesawat dahulu. Selain daripada angkatan pesawat Pilatus, LMSTS akan membekalkan sistem latihan mendarat.Khidmat itu bakal dimanfaatkan Skuadron 130 RSAF di Pearce, Australia.Sebelum ini, Sekolah Latihan Penerbangan RSAF menggunakan pesawat jenis Marchetti-S211.Setelah 22 tahun, memang wajarlah RSAF mengorak langkah untuk mempertingkatkan kelengkapan latihannya.


Menurut Leftenan-Kolonel (LTC) Philip Chionh, Ketua Cabang Latihan Penerbangan, Jabatan Latihan Udara, RSAF teleh menggunakan pesawat S-211 selama lebih 22 tahun dan kos pengendaliannya kian meningkat."Ini merupakan salah satu usaha RSAF untuk mengubah cara latihan penerbangan dengan mengambil langkah untuk menggantikan pesawat latihan yang lama kepada yang baru. "Dengan cara ini, kami dapat menjimatkan kos sambil melicinkan latihan kami," katanya lagi. Pembelian pesawat Pilatus PC-21 antara pakej kontrak yang ditawarkan kepada syarikat Amerika, Lockheed Martin Simulation, Training and Support (LMSTS) untuk mempertingkatkan latihan Kursus Penerbangan Asas. Kursus tersebut bertujuan memperlengkapkan para juru terbang dengan pengetahuan dan kemahirans asas untuk mengendalikan pesawat. Setelah mencapai kemahiran asas, mereka diberi peluang untuk berlatih di tahap selanjutnya. Selain daripada angkatan pesawat Pilatus, LMSTS akan membekalkan sistem latihan mendarat.


Khidmat itu bakal dimanfaatkan Skuadron 130 RSAF di Pearce, Australia.Kelebihan Pilatus C-21Namun, apakan keistimewaan pesawat Pilatus PC-21 itu? Apakan yang memjadikannya satu pilihan terbaik buat RSAF?Yang nyata, Pilatus PC-21 yang bakal digunakan RSAF amat canggih.Ia merupakan pilihan yang terbaik berbanding pesawat latihan berkipas-turbo yang terdapat di pasaran. Antara kelebihannya, ia mempunyai kebolehan untuk mengadakan simulasi yang lebih canggih lagi realistik.Ia turut dilengkapi dengan sistem latihan terkini dari segi ketangkasan dan penjimatan masa dan kos.Ini bermakna, lebih banyak sukatan latihan pada masa kini dapat dimuatkan di dalam program latihan asas RSAF.Misalnya, pesawat latihan akan dimuatkan dengan sukatan avionik yang membolehkan simulasi misi barisan hadapan tertentu (specific frontline missions). Ini sekaligus membolehkan juruterbang pelatih membina kemahiran dan keyakinan dalam menempuhi senario kompleks sebegitu.Menerusi latihan sebegini, kos penerbangan setiap jam dapat dikurangkan lagi apabila PC-21 menggantikan sukatan yang ada sekarang. Memang sah, mereka yang telah mencuba PC-21 akur dengan kelebihan dan ketangkasannya!


Kokpit moden, latihan licin Sekali pandang, kokpit pesawat latihan Pilatus, amatlah canggih.Kokpitnya dilengkapi pelbagai teknologi digital yang canggih di dalam suasana yang dikelilingi kaca penuh. Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan tiga keping skrin active-matrix liquid crystal displays (AMLCD) yang memberi gambaran jelas semasa latihan penerbangan. AMLCD terdiri dari Paparan Penerbangan Asas (Primary Flight Display) atau PFD - yang memberi maklumat seperti had kelajuan, had ketinggian dan informasi pengemudian dan juga Paparan Berbilang Fungsi (Multi Function Displays atau MFDs.)MFD mengandungi pelbagai format termasuk sistem format utama, peta bergerak (moving map) dan paparan taktikal.


Pesawat latihan Pilatus-PC21 yang lebih aerodinamik dan bersistem canggih.
Sistem kokpitnya juga berupaya memberikan gambaran situasi perang yang amat realistik. Dengan ciri sedemikian, keselamatan penerbangan dapat dipertingkatkan lagi. Sofwe kapalterbang tersebut turut disesuaikan mengikut peringkat latihan yang dijalani para juruterbang pelatih.Selain itu, para jurulatih penerbangan juga dapat menukar-nukar senario yang boleh dilihat oleh para pelatih di kaca skrin mereka. Sebagai contoh, para jurulatih cuba menajamkan ketangkasan juruterbang pelatih dengan memperkenalkan beberapa situasi kerosakan sistem data semasa penerbangan.Cara mereka mengatasinya hanya memberi keberkesanan kepeada setiap individu yang menjalani latihan tersebut.


Mengulas tentang prospek pesawat yang ternyata mengkagumkan, LTC Chionh berkata:"Pesawat baru ini akan dapat melatih para juruterbang untuk menemui keperluan pesawat pejuang yang bakal dimiliki RSAF seperti F-15, AH-64 dan S70B yang begitu moden sekali."Pastinya, juruterbang RSAF akan lebih mahir dan menunjukkan kemahiran yang lebih professional dengan kelengkapan seperti Pilatus-C21 di masa-masa akan datang," tambah beliau lagi.

Sabtu, 24 Mei 2008

Pulau Batu Putih Mempunyai Nilai Strategik??




MILIK SINGAPURA... Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. – Reuters







Pulau ini hanya sebesar separuh dari padang bola sepak dan di atasnya hanya mempunyai beberapa bangunan yang didirikan oleh Singapura. Jika di tanya kepada nelayan tempatan di sekitar pulau itulah mereka mencari rezeki secara turun temurun dan dikatakan kaya dengan udang kara (lobster). Adakah nilai sentimental pulau tersebut hanya di kalangan nelayan Sg Rengit atau Pengerang sahaja?? Apakah nilai sebenar pulau "sekangkang kera" itu??? Tanya lah kepada Singapore Armed Forces.. Mereka sahaja yang ada jawapannya.


ICJ sudah memutuskan Pedra Branca milik Singapura... Air mata darah sekalipun kita hanya boleh menjejakkan kaki (tak besar mana pun) di Middle Rock & South Ledge sahaja.

Dibawah ini ada beberapa artikel berkenaan "mantan" pulau tersebut:

Milik Siapa?




Pedra Branca (Malay: Pulau Batu Puteh) is an outcrop of rocks situated where the Singapore Strait meets the South China Sea. The Horsburgh Lighthouse on the island was built in 1851. The island, together with nearby islands Middle Rocks and South Ledge, was the subject of a territorial dispute between Singapore and Malaysia that was eventually passed to the International Court of Justice. On May 23, 2008, the ICJ decided that Pedra Branca is under the sovereignty of Singapore while the Middle Rocks belong to Malaysia.[1][2] The other outcrop, South Ledge, is subject to interpretation of the ICJ's judgement. In their Judgement, South Ledge will belong to the country whose territorial waters the outcrop currently resides in. This ambiguous ruling is due to the fact that the outcrop lies in overlapping boundaries, and would require delimiting the territorial waters in the Pedra Branca and Middle Rocks area.


Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia
Daripada NORAINI ABD. RAZAK


THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.
Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

“Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan semata-mata rumah api. “Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut. “Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat yang mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge. Beliau bersidang bersama 15 orang hakim lain.
Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.

Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih. Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia dan Singapura melalui satu perjanjian yang dimeterai di Putrajaya pada 6 Februari 2003 bersetuju untuk merujuk pertikaian sempadan berhubung Pulau Batu Putih kepada ICJ. Perjanjian yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura. Kedua-dua negara akan menerima keputusan mahkamah sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.”
Selepas menghantar memorial (hujah bertulis), kedua-dua negara memulakan hujah lisan pada 6 hingga 23 November lalu.

Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, Shawkat berkata, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.” Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata. Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953. Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.
Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih. Tuntutan “Tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan dan memberi sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat.

Shawkat yang mengetuai kumpulan 16 hakim termasuk dua hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut menarik perhatian mahkamah mengenai kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-panji British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan kepada kes tuntutan bertindih itu. Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan ‘Lighthouse, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)' di Pulau Batu Putih turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan. “Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura,” katanya. Mengenai Middle Rocks, Shawkat berkata, bentuk maritim itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Putih dari sudut sejarahnya iaitu kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor.
Katanya, mengambil kira fakta tersebut, penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura yang didorong oleh surat pada 1953 dan kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak memberi kesan kepada Middle Rocks.

Oleh itu, jelas Shawkat, hak milik asal Middle Rocks kekal kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan. Dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, kata Shawkat, mahkamah berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Putih yang kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia. “Mahkamah hanya diminta untuk memutuskan kedaulatan ketiga-tiga bentuk maritim itu secara berasingan dan pada masa yang sama mahkamah tidak diberi kuasa untuk menetapkan garis persempadanan wilayah perairan Malaysia dan Singapura.
“Dalam hal ini, mahkamah merumuskan kedaulatan South Ledge adalah milik negara yang perairannya terletak bentuk maritim itu,” kata beliau. Delegasi Malaysia ke ICJ hari ini diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ejen Malaysia dan Duta Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa; dan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Johor.

Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia pula terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill. Lauterpacht bagaimanapun tidak hadir hari ini. Singapura pula diwakili antara lain oleh Timbalan Perdana Menteri, S. Jayakumar; Ketua Hakim, Chan Sek Keong; Duta Kembara, Tommy Koh; dan Duta Anil Kumar Nayar.

– Utusan