Khamis, 23 Oktober 2008

SURVIVAL

Di dalam dunia perisikan, survival adalah penting untuk meneruskan kehidupan.. Penulis ingin berkongsi beberapa maklumat mengenai survival dengan pembaca....

Ikhtiar hidup atau survival adalah segala yang berkaitan untuk meneruskan hidup apabila keadaan sekeliling yang boleh menyebabkan anda mati. Latihan Ikhtiar Hidup merupakan subjek yang utama dan sangat digemari di Pusat Membina Semangat.

Tiada siapa yang benar- benar bersedia sepenuhnya untuk menghadapi situasi ikhtiar hidup. Adalah penting untuk memahami saikologi ikhtiar hidup begitu juga dengan teknik- tekniknya dan mati adalah bukan satu pilihan dalam ikhtiar hidup.

Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive, the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.

Menurut buku Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.

Menurut Wikipedia; Survival Skills adalah kemahiran yang dapat membantu seseorang mengharungi keadaan merbahaya (seperti ribut petir atau gempa bumi); atau dalam kawasan merbahaya (seperti di gurun, kawasan pergunungan dan di dalam hutan rimba).

Kita seharusnya bersikap selalu mengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah melakukan sesuatu yang perlu dilakukan untuk meneruskan hidup dan mati itu bukanlah satu pilihan.

S - Size Up The Sitution (surrounding, physical condition, equipment)
U - Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste
R - Remember Where You Are
V - Vanquish Fear And Panic
I - Improvise
V - Value Living
A - Act Like Natives
L - Learn Basic Skills


Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup merupakan satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam bidang pasukan keselamatan, pengintip, peminat kegiatan luar atau anggota pasukan pencari dan penyelamat. Ini disebabkan mereka ini terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko yang tidak menentu.

Bersambung....

Tiada ulasan: