Ahad, 11 Mei 2008

PENGINTIP/ PERISIK (SPY)

Oleh: Anak Kunci

Perisik/ Pengintip/ Spy bermaksud :

i. individu yang yang diupah atau bekerja untuk sesebuah negara atau institusi bagi mendapatkan maklumat sulit dari negara asing, organisasi atau syarikat.
ii. individu yang memantau orang lain.


Pada hari ini perisik adalah berbeza dari cerita James Bond atau cerita Hollywood yang biasa ditonton di layar panggung. Ia adalah berkenaan operasi klasik ketenteraan atau perisikan politik dan ia pastinya bukannya insan yang memakai pakaian yang kemas serta berjaket hitam tetapi mereka yang membuat penyamaran dan dilengkapi oleh peralatan elektonik mengikut keperluan sesuatu operasi yang dijalankan.

Perisikan anti pengganas adalah berlainan sama sekali dan dipenuhi dengan penugasan yang amat merbahaya. Nyawa kebanyakkan agen ini sentiasa dalam merbahaya. Cara pengoperasiannya sentiasa berhadapan dengan peluru yang tidak bermata.

Perisik moden mesti bercampur, hidup bersama musuh, bertutur dengan bahasa musuh mereka, bersahabat dan mengeksploitasi mereka disetiap peluang yang ada. Perisik dikehendaki gagah, tabah dan amat merbahaya. Kebanyakkan perisik menerima asas latihan ketenteraan. Ini termasuk pelajaran bagaimana menembak menggunakan pelbagai jenis senjata, ilmu mempertahankan diri dan penentangan terhadap soal siasat sekiranya mereka tertangkap.

Selepas latihan asas, sebahagian perisik ini akan dihantar untuk latihan seni penjejakkan atau pemantauan dan yang lainnya sebagai pegawai teknikal tetapi tugas yang paling merbahaya adalah mereka yang bertugas di medan. Salah satu tugas bagi perisik di medan adalah merekrut agen tempatan, orang yang boleh digunakan untuk membantunya hatta sehingga orang tersebut sanggup membunuh bagi pihak perisik. Adanya agen ini sebegini merupakan kunci kepada kejayaan mana- mana operasi perisikan. Paling diutamakan perisik medan ini mesti mengenal pasti orang yang betul, orang yang dilatih dengan ilmu perisikan dan memiliki kemahiran untuk menjalankan tugasan operasi.

Selepas menemui calon yang sesuai mereka akan direkrut, mengenal pasti kelemahan dan mengeksploitasikannya. Dalam banyak keadaan, agen medan yang terlatih pula akan bertanggungjawab untuk merekrut dan mengoperasikan agen- agen lain, pada masa yang sama dimana tiada satu pun sedar akan wujudnya agen di antara satu dengan yang lain.
Di negara barat, perisik- perisik dilatih dan dikawal oleh pertubuhan seperti FSSB, MOSSAD, CIA atau MI5. Mereka menyediakan perisik dengan sokongan teknikal dan sekiranya perlu sokongan ketenteraan yang lengkap turut diberikan. Walaubagaimanapun dunia seorang perisik itu dipenuhi dengan rasa kesunyian, permainan yang mengelirukan serta kotor dan dipenuhi dengan ancaman. Hanya yang terbaik akan meneruskan kehidupan mereka.

Tiada ulasan: