Ahad, 11 Mei 2008

PERISIK YANG TERBAIK

Oleh: Anak Kunci

  • Satu daripada kemahiran utama perisik yang perlu ada adalah pemerhatian yang baik. Tidak kira dimana atau apa yang sedang dilakukan, pemikiran perisik mesti dapat merekod tempat, kejadian dan orang secara sistematik.

    Kebanyakkan pihak tentera diseluruh dunia melatih dalam subjek ini. Mereka meletakkan beberapa objek dalam satu kawasan beberapa meter dari para pelatih. Pelatih diberi masa yang singkat untuk memerhatikan objek yang ada dengan cara menghafal dan selepas itu mereka dibawa pergi dari lokasi tadi. Mereka tidak dibenarkan mencatat apa jua yang dilihat untuk beberapa jam. Kemudiannya mereka akan ditanya apakah objek yang telah dilihat.

    Seorang perisik mesti mempelajari cara untuk menggunakan pancaindera ke enam atau kebolehan menganalisa sebarang rasa gerak hati yang dirasai. Ada banyak asas arahan dalam otak manusia yang memberi amaran terhadap sebarang tanda merbahaya. Belajar untuk mengenal pasti dan untuk mengambil tindakan yang betul di masa yang tepat.

    Seorang perisik perlu mengambil risiko yang boleh dianalisa dan JANGAN mengambil risiko dengan cara mencuba nasib. Dengan risiko yang boleh dianalisa, anda boleh mengenal pasti pelan berundur dan anda sentiasa boleh mengubah perancangan mengikut situasi terkini. Sentiasa menganalisa tindakan yang akan diambil berdasarkan maklumat yang tepat. Sekiranya perisik membuat andaian secara membuta tuli pastinya gagal.

    Dibawah ini merupakan beberapa panduan penting untuk perisik:

  • Sentiasa agresif dalam situasi merbahaya, kerana anda pasti mengetahui musuh akan berbuat demikian terhadap anda.
  • Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda.
  • Kenal pasti kawasan anda dan persekitaran termasuk apa yang ada didalamnya.
    Adalah amat baik anda sebagai perisik dikenali oleh orang tempatan daripada anda menjadi orang asing di kawasan dan persekitaran operasi anda. Pastikan anda dilindungi oleh “cover story” sebagai penyamaran identiti anda.
  • Ketahui bila anda boleh melarikan diri dan sentiasa mempunyai perancangan tentang tata cara melarikan diri dengan berkesan.
  • Sekiranya situasi bertukar menjadi lebih buruk dan anda tertangkap jangan mudah menyerah kalah.

Tiada ulasan: